LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEJARAH

1. Tarikh / Tahun Dibina : SJK(C) Chee Tong didirikan pada tahun 1937.

2. Cara Pembinaan : Sekolah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk tempatan.

3. Pengasas sekolah : Pengasas SJK(C) Chee Tong ialah Ang Beng Nam.

4. Bilangan Murid  : Pada peringkat awalnya, sekolah hanya mempunyai beberapa orang murid. Umur mereka berbeza tetapi  belajar pada tahap yang sama. Pada tahun 50-an, bilangan murid meningkat ke 40 orang. angka ini meningkat ke 70 orang pada tahun 70-an. Bilangan murid makin bertambah pada tahun-tahun kebelakangan ini.

5. Bilangan Guru : Pada peringkat awal, sekolah ini hanya ada seorang guru sahaja. Pada tahun 70-an, bilangan guru meningkat ke 4 orang termasuk Guru Besar. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bilangan guru meningkat ke 11 orang.

6. Guru Besar Pertama : Guru pertama SJK(C) Chee Tong ialah Soh Xiang Sheng.

7. Benduk Bangunan & Luas Kawasan : Pada awal pembinaan, bangunan sekolah adalah berbentuk "Pondok".  Luas kawasan pada masa itu kira-kira 0.8 ekar.

8. Perubahan-perubahan Fizikal Sekolah : Pada tahun 50-an, sebuah bangunan baru yang mempunyai 4 buah bilik darjah telah didirikan oleh J.K.R..   Bangunan baru ini juga mengandungi sebuah pejabat guru-guru dan 2 buah bilik asrama.  Pada tahun 1977, sebuah gelanggang bola keranjang telah ditubuhkan dengan bantuan kewangan daripada PIBG sekolah.  PIBG juga membiayai sebanyak RM3600 untuk pembinaan bilik perpustakaan sekolah pada tahun ini.  Pada tahun 1982, sekolah ini memperolehi bantuan modal sebanyak RM4000 untuk pembinaan kantin sekolah.  Bangunan kantin  itu kemudiannya diubahsuai menjadi 2 bilik darjah disebabkan perlaksanaan KBSR pada tahun 1983 yang memerlukan ruangan bilik darjah yang lebih luas.

กก

LATARBELAKANG

1. Lokasi Sekolah : SJK(C) Chee Tong terletak di Kg. Teluk Jawa, Masai, Johor.  Jaraknya kira-kira 26 km sebelah timur Bandaraya Johor Bahru.

2. Kemudahan Sedia Ada : Kemudahan-kemudahan sedia ada pada sekolah ini termasuk pejabat guru besar, pejabat guru-guru, bilik komputer, 6 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik alat-alat sukan, bilik stor, bilik stok, kantin, gelanggang bola keranjang, 2 buah tandas guru, 2 buah tandas murid perempuan dan 2 buah tandas murid lelaki.

3. Bilangan Murid dan Staf Sekarang : Bilangan murid pada tahun 1998 telah meningkat ke 175 orang staf adalah seramai 11 orang termasuk seorang Guru Besar.

4. Latarbelakang Ekonomi Murid : Majoriti murid sekolah ini datang dari keluarga pekebun dan penternak. Sebahagiannya datang dari keluarga peniaga.

   //   back to main page  //

กก

 

กก